

Tanggal 4 Oct 2009, jam 3.57pm tarikh istimewa kelahiran Harith B. Zaid, cahaya mata sulung saya & suami. Semoga Harith menjadi penyejuk mata buat mama & baba...anak yg soleh wa musleh....pewaris perjuangan insyaAllah...amin.
Alhmdulillah sempat juga baba n mama saya berjumpa cucunda mereka ni sebelum pulang semula ke malaysia sabtu lepas. Saya dan baby tak boleh discharge sebab baby harith kene jaundice. Walaupun dilahirkan hari ahad lagi, kami hanya keluar hospital pada hari khamis. 2 hari sempat bermanja dengan siti dan sidi sblm mereka pulang.
Terima kasih utk semua atas kata2 semangat dan doa untuk kami. Moga Allah mengganjari kalian dan sentiasa memelihara keluarga kami, memberikan kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang perjalanan ini.


alhamdulillah,tahniah..:)
ReplyDeleteHarith namanya?
ReplyDeleteMacam adik kita, my hero :p
Dah dapat bayangan perwatakan Harith bin Zaid! Pasti sejuk ibu mengandung, insyaAllah ^_^
time kasih aisyah...
ReplyDeletehusband ana suka sgt nama tu..n ana pun igt nama adik nt pun harith jgk :)