


"Pengalaman banyak mengajar kita betapa perlunya persediaan dalam hidup ini. "
23-25 july yg lepas (weekend lepas) kami ke Lampeter, Wales. Ada Advanced Syariah Course, ASAP di European Institute of Human Sciences. Tempatnya tenang dan jauh dipendalaman. 4jam lebih perjalannya,melalui kawasan kampung dan jalan sangat sempit, berliku2 kalau selisih kereta memang susahla. kami bertolak sekitar 8pm dan sampai around 1am. perjalanan tambah sejam sebab jalan tutup, ada construction.
Alhamdulillah program berjalan lancar, turut dimeriahkan dengan kehadiran malaysian family yg ada di lampeter, mostly phd student yg smbg di uni of lampeter,islamic studies, so ramaila ustaz1 di situ. short course kami ni sekitar pengenalan kepada ulum quran, ulum hadis, aqidah, dan usul fiqh. bagi saya, it was a good revision. alhamdulillah semasa berada di UIA dulu berkesempatan untuk buat minor in islamic revealed knowldge, jadi dah belajar in surface topic2 tadi tu. sepatutnya sekarang ni dah boleh menyampaikanla apa yg tahukan, hehe. jgn ilmu di kertas dan dibuku je ye.
kesimpulan dr short course ni, masih byk ilmu terutama bab syariah,aqidah ni yg masih perlu ditambah, tak cukup yg kita belajar di sekolah n universiti untuk jd bekalan sepanjang hidup. cukup ke, ilmu yg kita blajar smpai umur 17 tahun then kita nak wat bekl sampai umur 63tahun(jika izin Allah hidup lama ni)? tambahan lagi, diperingkat kita sekarang,seharus dan semestinya kita memahami kenapa kita mengikut atau melakukan sesuatu. perlu ada dalil yg menjadi rujukan dan pegangan, bkn sebab 'ohh ustaz tu ckp mcm tu'...tp atas kefahaman kpd apa yg ustaz2 sampaikan. biar sejahtera kefahamannye, bukan ikut2 sahaja. refleksi diri, banyaknye nak kena membaca lagi, kene merajinkan lagi diri selagi Allah bagi masa lapang je jadi suri rumah ni n anak baru sorang ni....nnt kalu dah kerja byk pulak alasan lain.
on the way back, kami singgah Rosillie Bay,swansea. saya suka pantai jd sbb tu nak singgah juga. bertolak ke rosillie bay around 330pm dari lampeter, smpai di pantai 530pm. 1st time harith main air laut. he looks happy. angin laut agak kuat,sejuk skit tp sbb matahari terik so tak rasa sgt. Pkl 6 lebih kami bertolak balik ke london, ada half way lagi nak sampai london.
saya sedang lena diulit mimpi,harith pun tidur. en.zaid je driving sambil bersembang dgn shamsir(bro london). tetiba kereta di berentikan di tepi jalan..saya terjaga dan terpinga2,kenapa pulak tetiba berenti ni..katanya ada bunyi snap lepas tu kipas bunyi lain dan bile tekan minyak kereta tak nak jalan sangat. beberapa kali cuba utk hidupkan semula enjin tapi tak boleh. masa tu jam menunjukkan 1020pm. dlm hati, ya Allah apsala pulak ni, dah la penat balil program, kereta plak buat hal.
so, alhamdulillah kami mmg ada AA, call org AA then tunggu dlm setengah jam,kereta tarik datang bawa kami ke R&R yg terdekat. kene tunggu pula mekanik datang. sejam lebih juga tunggu mekanik, so kami solat dulu n makan ringkas2. bila mekanik dtg, check, katanya takle nak baiki sebab timing beltnye yg putus dan melibatkan enjin sekali. option yg diberi, kereta n kami semua akan ditarik ke rumah dgn syaray kami upgrade AA, sbb haritu cuma subscribe utk road side je, kalu package roadside dia akan bw 10miles dari tempat kejadian je, from there pandai2la. tiada pilihan lain so kne tambah skit duit utk upgrade package.
jadi,kami kne tunggu lagi utk lori tarik bawa kami ke rumah yg sebenarnya 40miles or 1hour journey lagi. ni penantian yg panjang. 230am baru lori sampai dan kami yg dah kepenatan ni terus naik lori, dia tarik kereta dan on our journey to home start. kami tido je sepanjang jalan. sampai umah 3.30 pagi. solat subuh then sambung tidur.
alkisah kereta kami mungkin nak let go kut sbb cost utk repair lagi mahal daripada harga kereta. buat masa ni, kereta tersadai dululah di parking area. terima kasih kereta sbb dah berkhidmat dengan jayanya selama 2 tahun. it's time to use public transport more than before.
No comments:
Post a Comment