Sunday, October 03, 2010

Nikmat Kesihatan

2 bulan cuti dari menulis.....

kerana rasa tak tahu nak menulis apa dah....

minda kosong yg bahaya....

maka mari menulis semula....

menggerakkan neoron2 yg tidur...

semoga ia kembali bercambah...

dan mekar

berfikir dan menganalisa dan bertafakur dan muhasabah dan menilai dan

mencari erti pada diri dan kehidupan aku dan mereka...

dan belajar dan terus belajar....

********

Dalam beberapa minggu ni, 2 org sisters yg aku kenali telah diuji Allah dengan ujian yg berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Ukhti pertama menghadapi komplikasi ketika bersalin sehingga menyebabkan muntah darah dan darah keluar terlalu banyak dari rahim. beliau dimasukkan ke ICU. Pada mulanya doktor tidak dapat menemukan punca sehingga menyatakan kemungkinan kehilangan rahimnya. saat mendengar perkata tersebut, darah aku sendiri tersirap, bagaimana mahu menghadapi risiko besar ni. aku wanita dan juga isteri dan ibu, kehilangan rahim suatu ujian yg amat besar. jika aku diuji sebigini, mampukah aku sabar dan redha????

Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia lebih tahu apa yg terbaik utk ukhti ini. Alhamdulillah semuanya selamat dengan izinNya ubat antibiotik terbaik dari UK telah menghentikan pendarahan. bertemulah ibu dan baby yang tercinta dan kasih terserak antara mereka.

Ukhti kedua tiba2 jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Segere dikejarkan ke hospital. Satu salur darah di kepala pecah. Owh...seriau mendengarnya. Macam mana boleh pecah?? persoalan yang msih dicari jawapannya bagi pakar neurologis di hospital tempat dia dimasukkan. akibat salur pecah maka pengsan dan mild stroke. badan lemah walaupun masih boleh gerak sikit. ukhti ini ibu kepada 3org anak yg cerdas. pasti anak2nya risau melihat keadaan ibu mereka. sekarang masih dihospital, alhamdulillah kondisi semakin baik cuma setakat yg diupdate,masih belum tahu puncanya. teringat ketika ayahanda sendiri terkena stroke suatu masa dahulu. memori yang kurang indah tetapi tetap dalam ingatan.

Satu persamaan yang amat sangat ketara pada kedua2 ukhtie ini, kedua2 suami mereka adalah wakil Misi Kasih Palestin (MKP) yg akan ke Beirut menyampaikan bantuan untuk pelarian Palestin. Maha Suci Allah yg menguji manusia2 ini yg jiwanya kental, bukan sahaja dirinya, tetapi isteri dan anak2nya insyaAllah jika diuji jua kental. masih kelihatan tenang saat isteri genting, subhanallah.

refleksi diri.

aku cuma diuji demam seminggu, sakt kepala, sakit tekak, sakit mata....hanya sedikit Allah tarik nikmat kesihatan...telah merasakan berat benar ujian kesihatan yang kurang.
belum diuji dan teruji di medan amal...

terasa indahnya jalan tanpa onak dan duri,
sedang orang lain calar balar atas jalan ini,
mengapa baju ku putih bersih tanpa secalit kotor pun?
mengapa baju mereka basah lencun dengan air mata dan keringat?
persoalan di hati yg aku sendiri tahu jawapan yg menanti
kerana mereka membanting tulang empat kerat
sedang aku duduk2 saje, penat berehat2

Allah, terasa kerdil di sisiMu
terasa kerdil di sisi manusia yg bekerja keras itu
kerana aku tak punya apa2 utk dipersembahkan padaMu


-hujan renyai di bumi london-

No comments:

Post a Comment