Wednesday, December 23, 2009

ceritera harith

menikmati jariku...no..no..no

harith tengah sembang dengan baba ni


harith malula ma, jgnla amek gamba byk sgt


what is that noise?....hehe...harith is talking to baba n mama.
he likes to babble and coo endlessly, enjoying the new sound.
mama n baba yg paling happy bile harith sembang dengan kami.
a good conversation.

my little harith also enjoy kicking his leg in the air and sucking his own hand.
baba kata: no,no,no...nak pacifier ke?
mama kata: no to both (hand sucking n pacifier)

kadang2 harith dah pandai lena sendiri, tak payah ulik2/dodoi2
letak je atas katil, dia bunyi2 skit...kepala pusing kanan kiri...tgk2 dah tido
tp selalunya kne dodoila

minggu ni krismas, so baba harith cuti awal, esk kolej dh tutup
harith sgt suka main dgn baba
nak ngn baba je sejak baba ada kat umah ni
baba harith pun pandai layan harith ye

ok, nnt harith cerita lagi
salam sume

Tuesday, December 22, 2009

Main Salji di malam hari ^_^




21 dis 09-Snow at 3.00pm




21 dis 09- Snow at 8.00pm


Subhanaka Rabbi subhanak....
Rabbana ma khalaqta haza bhatila, subhanaka faqina azabannar

Winter Gathering 2009 a.k.a PMS=Perhimpunan Musim Sejuk' 09

winterretreat20091


ni linknya,tgkla:



kami asal2nya plan nak g juga ke winter gathering ni di scotland. tp setelah tambah, tolak, kali dan bahagi...means consider pelbagai perkara..kami buat keputusan tak g tahun ni. tp insyaAllah next year kami g. sedih jg tak dpt sama2 tp memikirkan anakku yg baru 2bulan dan cuaca yg inshaAllah bawah -1 dan ke bawah sbb scotland ni bahagian atas united kingdom...lagi sejuk..maka kami berada di london je.

haritu tgk weather forecast, scotland n area tempt program tu -10. masyaAllah,subhanallah...sejuk tu. walaupun tempat tu ada heater, xle berani nak bw baby kecik2 ni. da la experience dgn musim sejuk ni xde lagi, so xle nak estimate sejuk setara mana tu...n baby ni tahan sejuk smpai tahap mana? plus kereta punye heater pun kondisinye tak mengizinkan. bole je sebenarnye nak tawakkal 'alallah tp tak berani tu amek risiko. huhuhu...adakah kami membuat2 alasan?...wallahu'alam

kepada sisters yg ke PMS n jaulah...selamat berPMS n jaulah. jaga diri, kesihatan,keselamatan jg sesama sisters ya.

Snowy II in London


morning after the night snow

kereta kami dilitupi salji

went to child's clinic

with mr. snow man

in front of our home

winter...musim sejuk...snow...salji

1st experience dengan winter ni. Mula-mula tu ingat macam tak tahan sangat sejuk tapi alhamdulillah dah adapt dengan cuaca slowly. bile ada snow, maksudnye suhu bawah 0 = -1 dan kebawah

tak keluar sangat pun kecuali g shopping barang dapur n g baby's clinic. lagipun harith kurang sihat, ada selesema n batuk skit. mungkin sbb cuaca sejuk. kesian dia, hidung sumbat susah nak menyusu, pastu nangis ngamuk2 sbb tak dpt minum. harith pun ada nappy rash jgk, sblm ni xde pun. mama baca dlm buku, biasanya kalu baby dapat cold, akan dpt nappy rash jgk

haritu g child health clinic sbb nak timbg harith, dah lama tak timbang. beratnye sekarang ni 5.48kg. jumpa health visitor sbb nak tanya pasal nappy rash dgn cold tu. lepas sembang2 ngn heakth visitor, dia nasihat sruh g GP trus lepas ni. jadi jalanlah lagi ke GP. Alhamdulillah sume tempat ni in walking distance je dari umah. Mama g ngn harith berdua je, baba kne g college. GP prescribe ubat untuk harith, nose drop, cream rash, paracetamol n pesan keep him warm. Sni dia tak bagi ubt selesema/batuk mcm kite kat mesia yg warna kuning n hitam tu. or maybe sbb tak teruk sgt lagi kut.

sekarang ni harith belum betul2 sihat lagi, cuma temperature tu xdela sangat. mama pun duk bersin2 je. maybe sebab tu jgk kut harith tak sihat2 lagi. dapat virus dari mama jugak...maap ye sayang.

sesungguhnya snow tu indah walaupun sejuk...hehe. awal2 dulu mcm berat hati je dtg london ni, sejuk, tp dah snow ni mcm bestla plak...ahaks...alamak,camno tu?

Wednesday, December 16, 2009

Snowy....


kami dah start winter di sini. Sejuk.

Hari ni, salji pertama telah turun di london sejak masuk musim winter.

Happy..first time nampak salji sebenar depan mata...hehehe..macam budak-budak pulak.

Subhanallah...cantik.

bumbung kereta n jalan pun jadi putih je dipenuhi salji

saya dan harith duk dalam rumah je, sejuk

salji ni turun macam hujan jugak, kejap lebat, kejap tak, kadang2 berenti jap

nnt saya dh ambil gambar, saya upload ye *_^


Tuesday, December 15, 2009

senyuman memikat *_^




saat ku tersenyum gumbira





Thursday, December 10, 2009

Ayah dan Bonda Tercinta




ku lukiskan potret sebuah cerita
terpahat indah di dalam memori
kehidupanku semasa kecilku
belajar memahami erti kehidupan

kini ku, setelah ku dewasa
jasa ayah dan bondaku tidak akan ku lupa
mengajarku erti kehidupan
yang penuh dengan kenangan

ayah dan bonda
terima kasih kerana memberikanku kekuatan
menjadi teman duka di kala ku terluka

kaulah sumber inspirasiku
menjadi teman gembira
sentiasa di sisi bila ku perlukanmu

ayah dan bonda
jasamu tidak akan ku lupa
mendewasakanku dengan sempurna

terima kasih atas semuanya
besar jasamu tidak mampu ku balas
biar segunung harta dan wang berjuta
tidak senilai dengan keringat dan air mata

kan ku hiasi malam hariku
dengan doaku kepada Yang Esa
ampunilah dosa kedua mereka
kasihanilah mereka seperti kecilku

ayah dan bonda dengarkanlah lagu ku ini
sebagai bicara penyusun kata
tiada ku mampu membalas jasamu
memori indah sebuah kehidupan...


with love

Tuesday, December 01, 2009

Saturday, November 28, 2009

Friday, November 27, 2009

Eid Mubarak ^_^






Meneladani kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya.

1. Ketika perintah Allah datang mengarahkan Nabi Ibrahim membawa isterinya Siti Hajar dan anak kecil mereka Ismail ke satu tempat bernama Makkah dan ditinggalkan mereka di situ

2. Ketika perintah Allah datang mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang tercinta Ismail dan baginda merelakannya

semua mereka melakukan pengorbanan yang besar demi mentaati Allah dan mendapatkan redhaNya


Eid Adha Mubarak
-dan berkorbanlah harta, jiwa dan masa di jalan Allah-

Wednesday, November 25, 2009

Terluka...





Ya Allah T_T






O Most Compassionate
have compassion on our weakness

O Forgiver
forgive our sins

O Concealer
conceal our faults

O Bestower of honour
bestow honour on our ummah

O Granter of prayers
answer our prayers

O Gentle One
be gentle with us



Asma Allah
sami yusuf



Never loose hope

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way


Lagu: Insha Allah
Penyanyi: Maher Zain

Sunday, November 08, 2009

harith dan aksinye


menggeliat godang...haha

berkerut kening pk masalah umat


wooo...exercise mulut ye

Jalan-jalan lagi ^_^


weken ni kami keluar lagi...naik kereta ye. sbt tghari mak ngah ida buat makan2 kesyukuran
sempena 1st year transfer phd.
cuaca dah semakin sejuk, sebab tu harith pakai jaket tebal ni.
time kasih uncle yg hadiahkan jaket ni ye,
comel tak harith pakai ni...hehe

lepas gi umah k. ida makan sedap2...nasi tomato n mee kari,
kami terus ke finsbury park mosque, ada program
"SHIFT YOUR PARADIGM"
a.k.a ISK utk adik2 junior.
lepas isyak baru balik umah, sekarang ni isyak pukul 6.10pm
dah gelap dah time tu & sejuk

ahad kami keluar lagi
ikut mama gi usrah kat milestone house
baba hantar then g main bola sepak

nanti mama dah habis pantang kene mula aktiviti macam biasa,
dah kene keluar dan jalan banyak
moga sihat wal'afiat insyaAllah
harith akan jadi pengikut setia kemana jua mama pegi ^_^

go out and about...


last week on tuesday, mama, baba n harith first time keluar rumah sama-sama. kami nak pergi baby's clinic di willesden untuk baby's check up. kami jalan kaki je sebab dekat je sebenarnye. 1st time naik push chair tu...harith tidur dgn lena sepanjang jalan...sejuk tu..pakai snow suit. tp after balik dari clinic mama rasa tak berapa ok, sakit. tula, memandai jalan banyak dalam pantang...huhu...lepas tu dh tak berani nak jalan2 dah.

clinic ni walk in je, jd masa kami smpai tu dah ramai orang, jadi tunggu dalam sejam jugalah. mula2 midwife akan timbang berat baby, makanye kene tanggal sume baju n nappy...huhu..harith nangis bile tak berbaju..."tulun, saya kesejukan dan malula...". berat harith 4.14kg.

lepas tu baru jumpa health visitor...Gloria namanye. dia tengok2 jaundice harith masih ada lagi atau tak n minta kami dtg minggu depan utk periksa tahap jaundice lg. harith banyak rashes kat muka jd Gloria pesan, cuci muka selalu, basuh baju baby n parent asing dan gunakan sabun non-bio...

jumaat lepas, 6nov..kami pergi clinic lagi..tuk follow up. kali ni kami pergi dgn kereta sebab takut mama sakit kalu jalan banyak. seperti biasa timbang berat....4.85kg..subhanallah, naik 0.75kg..banyak ke tu dlm masa seminggu?

lepas tu jumpa health visitor, dia kata jaundice harith dah clear...alhamdulillah. kami cerite pasal cradle cap kat dahi n scalp harith...katanya biasa baby ada tu, cuma sapu baby oil or olive oil. klau merebak teruk then baru dia akan bagi advise yg lain. health visitor pun ada bagi advice macammane nak tidurkan baby, supaya kami ni takde 'panda eye' sebab berjaga malam...huhu. katanye, lepas menyusu or dodoi, make sure baby tak tertidur masa menyusu or dodoi...ala2 lalok skit tu, letak baby di cot,selimutkan dia (kalau kite bedung pun ok) spy baby rasa mcm ada org peluk dia. then tepuk baby slow2 sampai dia tertidur sendiri. ni cara nak train baby tidur sendiri. kami tryla jugak, tapi nampaknye harith macam dah ada habit sendiri yakni kne dodoi sambil berdiri or nak beriba baru tidur. sometimes berjaya biar dia tidur sendiri tapi selalunye tak berjaya...huhu..terutamanye malam.

next appointment 19nov plak utk injection BCG

17nov jumpa GP untuk physical checkup harith

13nov appoinment ngan GP khas utk mama...

nntkan updates yg lain ye ^_^....harith & mama

Thursday, November 05, 2009

Memburu Impian



ku jejak jalan yang berliku
membara jiwaku memburu impian
ku renang lautan gelora
biarpun tersadai di hujung dunia

akan ku tempuhi segala rintangan
biarpun rebah ku bangun sendiri
akan ku genggam biarpun hitam
menjadi milikku

ku mula dengan langkah ini
menuju sinaran yang abadi

apalah ertinya sebuah kehidupan tanpa impian...ibarat melalui jalan panjang tanpa arah tujuan. impian menjadikan hidup lebih bererti kerana kita hidup untuk menggapai sesuatu...bukan sekadar hidup saja-saja. maka apakah impian terbaik untuk diimpikan?....

lagu: memburu impian
nyanyian: kristal

baby blues vs. postnatal depression


Up to 80% of mothers go through the baby blues, often about three or four days after the

birth.You might feel very anxious about small things or mildly depressed, or just keep

bursting into tears for no apparent reason.


Baby blues may be caused by hormone changes, tiredness, discomfort from sore stitches

or breasts or even a feeling of anticlimax after all the excitement. Whatever the cause

you will usually find it only lasts a day or so. Cry if you feel like it and try to sleep if you can.


The best help your family can give is probably just to listen, give you a reassuring hug and

look after the baby while you get some rest.


If these feelings do not go away, it may be that you are simply not looking after yourself very

well. Take time out to treat yourself. Have a long, lazy bath, eat your favourite food or visit

a friend.


About 10% of mothers slide into a depression that may be quite deep. They are taken over

by a feeling of hopelessness. They may feel angry, but more often feel too exhausted to be

angry or even to cope with the simplest tasks.


If you feel like this, you must get help. You should contact your health visitor or GP and

explain how you are feeling. A family member or a friend might get in touch with them after

talking to you about it.


Wednesday, October 21, 2009

Tombo Ati _ Obat Hati

tombo ati iku limo perkarane

kaping pisan moco Qur’an lan maknane

kaping pindho sholat wengi lakonono

kaping telu wong kang sholeh kumpulono

kaping papat kudu weteng ingkang luwe

kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

salah sawijine sopo biso ngelakoni

mugi-mugi Gusti Allah njembatani

obat hati ada lima perkaranya

yg pertama, baca Qur’an dan maknanya

yang kedua, sholat malam dirikanlah

yg ketiga, berkumpullah dengan orang sholeh

yg keempat, perbanyaklah berpuasa

yg kelima, dzikir malam perpanjanglah

salah satunya siapa bisa menjalani

moga-moga Gusti Allah mencukupi

Tombo Ati

pesanan ini utk diri & yg lain

moga diketemukan dgn ketenangan

amen...

Harith B. Zaid

Mama ngan harith...senyum semua

ku merenung masa depan...

genggaman yg erat..kacau je org nk tido

tak nak tengok camera...


untuk tatapan siti & sidi di keramat...
tok ma & tok wan di JB...

pengubat rindu kalian

sayala harith, selalu org tengok time tutup mata...
ni saya dah buka mata...
saya nak tengok alam ciptaan Allah...
heheh ^_^

harith rindu semua org kat mesia
nanti kite jumpa ye
insyaAllah

p^_^q

Thursday, October 15, 2009

25th IIUM CONVOCATION DAY



Assalamualaikum...

Apa kene mengena tajuk entry ni dgn gambar di atas..?

Alhamdulillah, saya adalah salah seorang graduan IIUM pada convocation tahun ni.
Huhu T_T walaupun agak sedih sebab tak berpeluang ambil sendiri scroll tu atas pentas + bergambar kenangan dgn jubah convo, scroll n especially kawan2 ku n family, saya tetap berasa gembira utk teman2 yg sama2 bergraduasi. Tahniah utk semua ya. Semoga kalian telah mendapat apa yg dihajati. Apakan daya, kehendakNya mengatasi segala.

Looking from the bright side, alhamdulillah Allah telah menganugerahkan saya 2 anugerah terindah dlm hidup saya...suami dan anak sulung kami. Moga keluarga kecil kami sentiasa diberkahiNya dan dlm peliharaanNya.

Kalau teman2 yg lain bergambar gembira dgn scroll n jambangan bunga masing2...maka saya turut diraikan.... dgn sejambak ros merah & teddy big foot...sgt terharu..time kasih bebanyak sbb berusaha menghiburkan saya ^_^

dan pastinya baby Harith pun selalu senyum & sengih utk mamanya supaya hati riang gumbira...

yang memohon kekuatan dari Yang Maha Kuat :)

Wednesday, October 14, 2009

My Little One ^_^








Alhamdulillah wa syukrulillah....

Tanggal 4 Oct 2009, jam 3.57pm tarikh istimewa kelahiran Harith B. Zaid, cahaya mata sulung saya & suami. Semoga Harith menjadi penyejuk mata buat mama & baba...anak yg soleh wa musleh....pewaris perjuangan insyaAllah...amin.

Alhmdulillah sempat juga baba n mama saya berjumpa cucunda mereka ni sebelum pulang semula ke malaysia sabtu lepas. Saya dan baby tak boleh discharge sebab baby harith kene jaundice. Walaupun dilahirkan hari ahad lagi, kami hanya keluar hospital pada hari khamis. 2 hari sempat bermanja dengan siti dan sidi sblm mereka pulang.

Terima kasih utk semua atas kata2 semangat dan doa untuk kami. Moga Allah mengganjari kalian dan sentiasa memelihara keluarga kami, memberikan kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang perjalanan ini.







Tuesday, September 29, 2009

Mama & Baba di London

begamba depan umah kami

sempat g open house MSD-27/9/09

bilela agaknye baby nak kuar ni?


today is 29/9/09, 11.15am. sepatutnye baby due hari ni, tp masih belum ada tanda2 nak kuar lagi. mamanya ni masih tak rasa sakit pape lg setakat ni...harapnye tak overdue lama sgtla, nnt kne induce plak..seriau.

mama n baba dah 4hari smpai london, adala bw jalan2 g open house malaysia. lagi byk duk umah kut,sian xdapat jalan2. harap baby kuar before mama n baba balik, kalu tak sian je dtg jauh2 balik tgn kosong...huhu

tapi baba n mama walau di mana berada sentiasa ada kerja yg nak diselesaikan. duk umah seharian semalam siapkan kertas kerja...mantap.

oklah, doakan semuanye berjalan lancar, baby n mamanye selamat insyaAllah...amen

Wednesday, September 23, 2009

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI


Assalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Saya mengucapkan Salam Aiditri kepada
Mama n Baba di Keramat,
Abesih & K.Jah n anak sedara tersayang Salman & Imran
K.Diha & Abg Wan (n baby dlm perut)
Abg Ajim
Abg Asim & K.Masyitah (n baby dlm perut)
adikku Wan
Bibik Sunah
dan tak lupa seluruh keluarga di KL, Kelantan & Perak


Salam Aidilfitri juga untuk Mama & Baba di Johor Bharu
K.Long, Aliya, n Imran
dan
seluruh keluarga di Perlis & Baling

Untuk teman-teman tersayang dimana jua kalian berada,
dalam apa jua keadaan kalian
moga Ramadan yang berlalu telah memberi seribu erti dan bekalan
untuk kehidupan yg mendatang.
Moga Syawal kali ini disambut dengan meriah tanda kemenangan.

Taqabbalallahu minna wa minkum
Kullu 'am wa antum bi khair

Bagi teman2 yg baru mendirikan rumahtangga
selamat merasa suasana beraya yg baru ^_^

Doakan kami di bumi London ni,
saya yg menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata pertama
moga segalanya dipermudahkan & selamat insyaAllah.

Akhir kalam,
Selamat Hari Raya
Pohon maaf segala salah silap sepanjang kita berukhuwwah

(^_^)




Friday, September 04, 2009

Sharing Ramadan

salam..
sharing2 bahan bacaan ramadhan..peringata n utk kita semua..
"Hukuman paling berat atas seseorang adalah bila Allah swt menjadikan ia lupa pada dirinya sendiri. Sebab bila seseorang lupa pada dirinya sendiri, maka ia akan terjerumus kepada kenistaan, tapi ia merasa telah melakukan kebaikan." (Muhammad Ar-Rawi)
Saudaraku,
Bersyukurlah pada Allah bila hati kita masih kerap mencela diri atas kemaksiatan yang dilakukan. Sebab itu adalah tanda bahawa kita masih memiliki hati seorang mukmin yang memang harus merasa sakit oleh kemaksiatan. Ia merupakan signal bahawa hati ini masih cenderung pada fitrahnya yang bersih dan menolak kekotoran, lalu menyeru agar segera kembali kepada Rabbnya.
Saudaraku,
Ada banyak cara Allah swt menegur dan mengingatkan hambaNya yang melakukan kesalahan. Kerana, banyak terjadi, sekadar kegelisahan atas dosa dan sekadar rasa sakit dalam jiwa terhadap kemaksiatan, tidak cukup membuat perubahan yang membuat seorang hamba meninggalkan dosa dan kemaksiatan itu. Itulah sebabnya Al-Quran menyebut ada noda-noda hitam yang terus menerus menyelubungi hati iaitu Ar Raan. Noda-noda hitam itu adalah dosa dan kemaksiatan yang terus menerus dilakukan seseorang hingga akhirnya menggelapkan hatinya.
Maka bersyukurlah bila Allah swt memberikan kita teguran dengan sesuatu yang menyakitkan, tapi lalu membuat kita terhenyak dan sedar. Bersyukurlah kepada Allah swt, bila kita masih merasakan peringatan dari Allah swt, dengan sesuatu yang memukul hati. Langsung hal itu melahirkan ketundukan pada keagungan Allah swt, menyedarkan perasan faqir terhadap kuasa Allah swt, membuat kita mengerti tentang ketidakberdayaan kita di hadapan kebesaran Allah swt yang selama ini sering tertutup oleh kesombongan, perasaan aman dan keadaan yang tidak stabil.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin..aku bersyukur padaMu ya Allah kerana menyedarkan aku dari terlena...moga aku tetap istiqamah dalam mencari redhaMu....dan moga aku dapat bertemu denganMu di akhirat nanti...
Ameen ya rabbal 'alameen..

(dipetik drpd seorg teman)