Hari ni hari lahir saya yang ke 25.
Tazkirah buat diri saya bahawa
usia semakin bertambah,
begitu juga tanggungjwab.
maka sepatutnya amal juga semakin bertambah
kerana masa untuk bertemu pemilik diri ini semakin berkurang.
di hari penuh peringatan ni
en.zaid sediakan menu istimewa utk saya
tersebut di entry
"Turkish Lamb Pilau"
a.k.a
nasi berlaukkan kambing
SEDAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!
resepinye:
segenggam badam yg dihiris nipis
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji bwg besar dibelah 2 dan dimayang halus
2 btg kulit kayu manis
500g daging kambing potong cube
250g beras basmati
1 kiub stock daging kambing/sayuran
12 apricot kering(saya ganti dgn kismis)
daun pudina potong kasar(saya guna parsley)
cara2nye:
badam tadi digoreng tanpa minyak hingga garing
angkat dan ketepikan.
masuk minyak dlm periuk
tumis bwg besar,kulit kayu manis sehingga perang(naik bau)
kuatkan api
dan masuk daging kambing,goreng hingga bertukar warna
masukkan beras dan masak selama 1min sambil kacau2
masukkan500ml air panas
masukkan cube daging ,apricot, season(blackpepper n white pepper)
kecilkan api,tutup periuk
biarkan 12min sehingga nasi masak lembut dan air kering
akhir sekali tabur daun parsely n badam goreng
siap utk dihidang
sedap dimakan bersama buah zaitun dan salatoh/salad
p/s-kalu nak daging tu lembut,bole rebus dulu awal2 ye
n instead of guna cube stock, ble guna air rebusan daging tu ganti air 500ml tu
selamat mencuba ^_^