Sunday, November 07, 2010

My little Harith



WHO'S THE BOSS?

As he embarks on the exciting journey of toddlerhood, my little harith faces quite a task - resolving the difficult struggle between wanting to be independent, having limited abilities, and needing the guidance and safety only me and my husband can provide.

He has an almost uncontrollable drive to explore the world and manage things alone, but at the same time cannot bear to be separated from his loved ones. He wants to be daring and adventurous, but needs to keep me always in sight. All the while, he is also hard at work controlling those legs and feet in the walking game, and busy getting to grips with those tricky consonant and vowel combinations that make up words.

Therefore, I need to be very patient with my baby's separation anxieties, and concentrate on enjoying his language development. so, what should i do?

....try playing little mimicking games with him, repeating simple words clearly and prompting him to copy and reproduce their sounds.
....Clap and whoop to make him laugh so he can feel satisfaction from his attempts and learns to enjoy language.
....what else i can do?

Sunday, October 03, 2010

Nikmat Kesihatan

2 bulan cuti dari menulis.....

kerana rasa tak tahu nak menulis apa dah....

minda kosong yg bahaya....

maka mari menulis semula....

menggerakkan neoron2 yg tidur...

semoga ia kembali bercambah...

dan mekar

berfikir dan menganalisa dan bertafakur dan muhasabah dan menilai dan

mencari erti pada diri dan kehidupan aku dan mereka...

dan belajar dan terus belajar....

********

Dalam beberapa minggu ni, 2 org sisters yg aku kenali telah diuji Allah dengan ujian yg berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Ukhti pertama menghadapi komplikasi ketika bersalin sehingga menyebabkan muntah darah dan darah keluar terlalu banyak dari rahim. beliau dimasukkan ke ICU. Pada mulanya doktor tidak dapat menemukan punca sehingga menyatakan kemungkinan kehilangan rahimnya. saat mendengar perkata tersebut, darah aku sendiri tersirap, bagaimana mahu menghadapi risiko besar ni. aku wanita dan juga isteri dan ibu, kehilangan rahim suatu ujian yg amat besar. jika aku diuji sebigini, mampukah aku sabar dan redha????

Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia lebih tahu apa yg terbaik utk ukhti ini. Alhamdulillah semuanya selamat dengan izinNya ubat antibiotik terbaik dari UK telah menghentikan pendarahan. bertemulah ibu dan baby yang tercinta dan kasih terserak antara mereka.

Ukhti kedua tiba2 jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Segere dikejarkan ke hospital. Satu salur darah di kepala pecah. Owh...seriau mendengarnya. Macam mana boleh pecah?? persoalan yang msih dicari jawapannya bagi pakar neurologis di hospital tempat dia dimasukkan. akibat salur pecah maka pengsan dan mild stroke. badan lemah walaupun masih boleh gerak sikit. ukhti ini ibu kepada 3org anak yg cerdas. pasti anak2nya risau melihat keadaan ibu mereka. sekarang masih dihospital, alhamdulillah kondisi semakin baik cuma setakat yg diupdate,masih belum tahu puncanya. teringat ketika ayahanda sendiri terkena stroke suatu masa dahulu. memori yang kurang indah tetapi tetap dalam ingatan.

Satu persamaan yang amat sangat ketara pada kedua2 ukhtie ini, kedua2 suami mereka adalah wakil Misi Kasih Palestin (MKP) yg akan ke Beirut menyampaikan bantuan untuk pelarian Palestin. Maha Suci Allah yg menguji manusia2 ini yg jiwanya kental, bukan sahaja dirinya, tetapi isteri dan anak2nya insyaAllah jika diuji jua kental. masih kelihatan tenang saat isteri genting, subhanallah.

refleksi diri.

aku cuma diuji demam seminggu, sakt kepala, sakit tekak, sakit mata....hanya sedikit Allah tarik nikmat kesihatan...telah merasakan berat benar ujian kesihatan yang kurang.
belum diuji dan teruji di medan amal...

terasa indahnya jalan tanpa onak dan duri,
sedang orang lain calar balar atas jalan ini,
mengapa baju ku putih bersih tanpa secalit kotor pun?
mengapa baju mereka basah lencun dengan air mata dan keringat?
persoalan di hati yg aku sendiri tahu jawapan yg menanti
kerana mereka membanting tulang empat kerat
sedang aku duduk2 saje, penat berehat2

Allah, terasa kerdil di sisiMu
terasa kerdil di sisi manusia yg bekerja keras itu
kerana aku tak punya apa2 utk dipersembahkan padaMu


-hujan renyai di bumi london-

Tuesday, July 27, 2010

Tersadai di Lebuhraya...





"Pengalaman banyak mengajar kita betapa perlunya persediaan dalam hidup ini. "

23-25 july yg lepas (weekend lepas) kami ke Lampeter, Wales. Ada Advanced Syariah Course, ASAP di European Institute of Human Sciences. Tempatnya tenang dan jauh dipendalaman. 4jam lebih perjalannya,melalui kawasan kampung dan jalan sangat sempit, berliku2 kalau selisih kereta memang susahla. kami bertolak sekitar 8pm dan sampai around 1am. perjalanan tambah sejam sebab jalan tutup, ada construction.

Alhamdulillah program berjalan lancar, turut dimeriahkan dengan kehadiran malaysian family yg ada di lampeter, mostly phd student yg smbg di uni of lampeter,islamic studies, so ramaila ustaz1 di situ. short course kami ni sekitar pengenalan kepada ulum quran, ulum hadis, aqidah, dan usul fiqh. bagi saya, it was a good revision. alhamdulillah semasa berada di UIA dulu berkesempatan untuk buat minor in islamic revealed knowldge, jadi dah belajar in surface topic2 tadi tu. sepatutnya sekarang ni dah boleh menyampaikanla apa yg tahukan, hehe. jgn ilmu di kertas dan dibuku je ye.

kesimpulan dr short course ni, masih byk ilmu terutama bab syariah,aqidah ni yg masih perlu ditambah, tak cukup yg kita belajar di sekolah n universiti untuk jd bekalan sepanjang hidup. cukup ke, ilmu yg kita blajar smpai umur 17 tahun then kita nak wat bekl sampai umur 63tahun(jika izin Allah hidup lama ni)? tambahan lagi, diperingkat kita sekarang,seharus dan semestinya kita memahami kenapa kita mengikut atau melakukan sesuatu. perlu ada dalil yg menjadi rujukan dan pegangan, bkn sebab 'ohh ustaz tu ckp mcm tu'...tp atas kefahaman kpd apa yg ustaz2 sampaikan. biar sejahtera kefahamannye, bukan ikut2 sahaja. refleksi diri, banyaknye nak kena membaca lagi, kene merajinkan lagi diri selagi Allah bagi masa lapang je jadi suri rumah ni n anak baru sorang ni....nnt kalu dah kerja byk pulak alasan lain.

on the way back, kami singgah Rosillie Bay,swansea. saya suka pantai jd sbb tu nak singgah juga. bertolak ke rosillie bay around 330pm dari lampeter, smpai di pantai 530pm. 1st time harith main air laut. he looks happy. angin laut agak kuat,sejuk skit tp sbb matahari terik so tak rasa sgt. Pkl 6 lebih kami bertolak balik ke london, ada half way lagi nak sampai london.

saya sedang lena diulit mimpi,harith pun tidur. en.zaid je driving sambil bersembang dgn shamsir(bro london). tetiba kereta di berentikan di tepi jalan..saya terjaga dan terpinga2,kenapa pulak tetiba berenti ni..katanya ada bunyi snap lepas tu kipas bunyi lain dan bile tekan minyak kereta tak nak jalan sangat. beberapa kali cuba utk hidupkan semula enjin tapi tak boleh. masa tu jam menunjukkan 1020pm. dlm hati, ya Allah apsala pulak ni, dah la penat balil program, kereta plak buat hal.

so, alhamdulillah kami mmg ada AA, call org AA then tunggu dlm setengah jam,kereta tarik datang bawa kami ke R&R yg terdekat. kene tunggu pula mekanik datang. sejam lebih juga tunggu mekanik, so kami solat dulu n makan ringkas2. bila mekanik dtg, check, katanya takle nak baiki sebab timing beltnye yg putus dan melibatkan enjin sekali. option yg diberi, kereta n kami semua akan ditarik ke rumah dgn syaray kami upgrade AA, sbb haritu cuma subscribe utk road side je, kalu package roadside dia akan bw 10miles dari tempat kejadian je, from there pandai2la. tiada pilihan lain so kne tambah skit duit utk upgrade package.

jadi,kami kne tunggu lagi utk lori tarik bawa kami ke rumah yg sebenarnya 40miles or 1hour journey lagi. ni penantian yg panjang. 230am baru lori sampai dan kami yg dah kepenatan ni terus naik lori, dia tarik kereta dan on our journey to home start. kami tido je sepanjang jalan. sampai umah 3.30 pagi. solat subuh then sambung tidur.

alkisah kereta kami mungkin nak let go kut sbb cost utk repair lagi mahal daripada harga kereta. buat masa ni, kereta tersadai dululah di parking area. terima kasih kereta sbb dah berkhidmat dengan jayanya selama 2 tahun. it's time to use public transport more than before.







Saturday, July 17, 2010

Summer-Picnic




















family day kampung melayu london (Malaysian postgrad imperial college) 2 minggu lepas. nice day out.

sebiru langit ini,
sehijau rumput dan pepohon
.........

Tuesday, July 13, 2010

eksplorasi Harith






a curious 9 months old boy....semuanya boleh dijadikan mainan dan semua tempat dan penjuru rumah nak dijelajahi. tempat paling suka adalah tempat2 yg sempit dan susah nak masuk. agaknya dia rasa mencabar kut bile bole reach tempat2 sukar ni.hari tu stuck belakang kerusi,entah bile dia masuk situ, tiba2 dgr dh nangis,cari2 blkg kerusi...mcm2.

already can stand alone by himself...dia akan gelak setiap kali berjaya berdiri sendiri. dah mula panjat memanjat, tangga pun dah mula panjat so kene hati2. perkembangan motor skill yang banyak in few month ni. merangkak pun sgt cepat, takdan nak kejar. fine motor skill pun semakin develop...dah bole pegang benda2 kecil dgn jari2nya. bagi makan finger food utk harith belajar fine motor skill. dah pandai clap hand, kalu kite pegang tangan dia, harith jump on his feet.dah pandai wave hand,bye2.bole main cuk udang gamit sbb dah pandai genggam jemari

languagae development- dah bole sebut mama,baba,dada,pada semua org...byk sound dia suka buat. suka gelak2 dan sometimes buat mcm bunyi harimau tu..grr

emotional development- dah pandai protes or show emosi marah jika tak dapat apa yg dikehendaki. dah pandai sedih bile baba tinggal g kolej, n very happy kalu baba balik dari kolej. develop stranger anxiety...teruk jg,sbb kalu jumpa org tak kenal mmg tak bole berenggang langsung, nangis dgn dahsyatnye jika org try nak ambil. ambil masa lama jg nak ok dgn org lain. harith ni jinak merpati,senyum,agah dari jauh dia ok,suka tapi kalu nak amek dia dari mama or baba..dia nangisnye. huhu,ada org ckp harith baby suka nangis...dia happy je kat umah tp bile dgn ramai2 org jadi mcm agak takut. ambil masa utk sesuai dgn tempat n org though selalu je bawa je g program,jumpa org. maybe tak cukup kut.

Tuesday, June 01, 2010

GAZA Freedom Flotilla

Terkini 31 Mei 2010, jam 06.00

Laporan dari Al-Jazeera menyatakan tentera Israel telah menyerang Konvoi Kemanusian Freedom Flotilla. Maklumat menunjukkan terdapat kematian dan kecederaan dikalangan aktivis kemanusiaan. Friend of Al-Aqsa akan mengadakan himpunan aman tergempar menyatakan sokongan kepada aktivis yang sedang diserang. Dapatkan berita terkini daripada laman web Friends of Al Aqsa.

Berita Asal

Armada yang terdiri daripada 9 buah kapal, yang membawa lebih daripada 10 ribu tan bantuan kemanusiaan dan lebih dari 700 aktivis pro-Palestin, diharapkan tiba di Gaza pada hari Ahad 30 Mei 2010, jika ia berjaya menerobos kepungan tentera bersenjata Israel di perairan Cyprus. Usaha ini dicetuskan oleh pertubuhan kemanusiaan Turki Insani Yardim Vakfi

Kerajaan Israel telah bersumpah untuk menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan itu dengan alasan bahawa tiada sebarang krisis kemanusiaan di Gaza menurut Ketua Akhbar Asing Israel, Avital Leibovich. “Kami mengizinkan kemasukan beratus ribu tan bantuan kemanusian ke Gaza setiap minggu berdasarkan kepada keperluan penduduk Gaza, yakni makanan, ubatan, dan barangan elektrik. Kami menjaga kebajikan penduduk Gaza dengan member segala bantuan kemanusiaan termasuk 9 ribu tan bahan-bahan binaan untuk pembinaan semula Bandar Gaza,” lapor Avital di satu sidang akhbar untuk menentang misi pengahantaran bantuan kemanusiaan melalui laut itu.

Namun mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak penganjur misi tersebut, selama lebih 4 tahun, Israel telah mengetatkan sekatan dan kepungan ke atas Gaza menyebabkan krisis kemanusiaan bertambah parah, bertentangan seperti apa yang dilaporkan oleh pihak media Israel. Maka dengan itu, pihak penganjur mangambil inisiatif untuk menghantar bantuan kemanusiaan secara terus kepada penduduk Gaza melalui laut berbentuk bahan-bahan pembinaan, ubat-ubatan, peralatan pergigian dan coklat untuk kanak-kanak Gaza.

Kepungan Israel di Gaza telah lama bermula sejak Hamas mengambil alih pemerintahan daripada Fatah di Gaza. Hampir kesemua urusan import dan eksport diharamkan di Gaza dan bantuan kemanusiaan yang masuk ke dalam Gaza teramatlah terhad yakni 15 ribu tan seminggu. PBB telah menyatakan bahawa jumlah ini adalah kurang daripada satu perempat daripada jumlah sebenar yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Tentera laut Israel juga menutup perairan Gaza sepanjang 23 batu yang member impak yang besar kepada industri perikanan penduduk Gaza. Mereka juga bersumpah untuk menghalang menggunakan segala kekuatan dan kekuasaan yang mereka peroleh untuk menyekat kemasukan armada tersebut ke tanah Gaza.

Apa yang menghairankan di sini ialah di sebalik penyekatan Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu serta ancamannya, mengapa berita mengenai misi suci ini tidak dihebahkan dengan meluas dalam kalangan saluran media ternama? Setelah melihat beberapa halaman-halaman berita terkemuka di UK malam tadi (termasuk BBC News, The Times, dan The Guardian), agak sukar untuk mencari rujukan untuk misi ini kecuali jika anda benar-benar mencari perkataan flotilla atau Gaza. Namun mujurlah perkembangan di atas kapal dapat diikuti secara live di laman www.livestream.com

The Jerusalem menerbitkan sebuah rencana mendakwa bahawa unsur-unsur dasar daripada kempen yang dicanangkan oleh media Israel adalah untuk menekankan bahawa bekalan yang dibawa oleh kapal-kapal tersebut adalah tidak penting dan tidak diperlukan dengan alasan Israel telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi antarabangsa yang lain, telah menyalurkan bantuan kemanusiaan yang sama kepada penduduk Gaza melalui jalan darat. Menteri Luar Israel, Yigal Palmor menyatakan bahawa bantuan yang disampaikan melalui sempadan darat Gaza adalah lebih daripada cukup untuk keperluan penduduk Gaza, yakni 15 ribu tan bekalan dimasukkan melalui sempadan darat Gaza setiap minggu. Namun UN melaporkan bahawa sumber mata pencarian dan kehidupan orang yang tinggal di Gaza telah dihancurkan dan kebanyakan bangunan dan infrastruktur yang rosak dalam serangan Israel di Gaza tahun 2008 lalu masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Sehingga jam 11pm tadi, armada yang sedang berlayar di perairan antarabangsa yakni bukan dibawah kekuasaan Israel, telah dikepung oleh 4 buah kapal perang Israel. Sekali lagi Israel telah menyalahi undang-undang antarabangsa dan melakukan jenayah dengan mengancam untuk menghentikannya daripada mencapai tujuan misi yakni menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza. Kesemua baki kapal konvoi yang tinggal telah bersepakat untuk membentuk formasi tertentu demi menghalang kemasukan Israel ke atas kapal. Kapten-kapten kapal juga telah nekad untuk meneruskan perjalanan ke Gaza tanpa sebarang pengunduran. Namun arah perjalanan terpaksa di ubah sedikit kea rah barat untuk menjauhi kapal konvoi daripada memasuki zon tentera laut Israel. Sebarang perubahan arah perjalanan konvoi selepas itu mestilah mendapat persetujuan daripada kesemua kapten kapal.

Pukul 3pagi waktu Istanbul, dikatakan seramai 5000 orang aktivis membuat protes di hadapan kedutaan Israel di Turki membantah sekatan Israel ke atas kapal konvoi. Protes secara aman juga bakal diadakan di seluruh dunia bagi membantah tindakan Israel tersebut. Antaranya protes di London dan Dublin yang bakal diadakan esok(31mei). Dijangkakan juga protes akan diadakan diseluruh dunia jika Israel masih enggan menarik semula tindakannya menyekat konvoi tersebut.

Saat tulisan ini dikarang, kapal Israel masih lagi kelihatan mengekori rombongan konvoi. Alhamdulillah, kebanyakan peserta konvoi telah selamat menunaikan solat subuh secara berjemaah dan masing-masing bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tindakan yang diambil oleh Israel ke atas mereka. Marilah kita sama-sama berdoa agar rombongan konvoi ini dapat mencapai matlamatnya, inshaallah.

Let us pray for Gaza Freedom Flotilla!!!

untuk berita terkini, sila klik sini

sumber rujukan:

www.aqsa.org.uk

www.witnessgaza.com

http://english.aljazeera.net

(dipetik drpd msmonline)